Like Page Your Online Store

Sunday, December 29, 2013

Pengalaman Bercuti DiBandung

Wahh..Maaf sebab tak dapat update tentang pengalaman bercuti ke bandung, ini kerana aku di serang demam, batuk dan selesema selama 2 minggu..arghhhh..sekarang pun still lagi batuk dan selesema..
Disini aku nak update pasal percutian kami sekeluarga ke bandung pada 9/12/2013-13/12/2013 secara ringkas..kalau aku nak mengarang panjang berjela pun boleh cuma rasanya sama jer kot macam pengalaman kawan-kawan yang lain. So aku nak bagi ringkasan jer apa yang penting..hehee..(malas sebenarnya nak mengarang :p)..

Ok..pertama sekali aku bersyukur bangat sebab aku lepas bapak Imigresen..ha..ha..haa...ini kerana aku dah lama tak bayar PTPTN aku..2 tahun beb..nervous juga aku nak lalu bapak Imigresen tu..tapi nasib lepas..yang turut bersyukur masa tu adik aku..2 x 5 la kami tak bayar PTPTN..hehee..(2 bulan sebelum bertolak baru sibuk bayar PTPTN)

(9/12/2013 - ISNIN)
 
Sampai jer di airport bandung..terus cari teksi, malangnya dapat teksi avanza..sempit jooo aku cakap..macam sardin..dah la beg besar-besar..besar tapi kosong..sebab nak tapau oleh-oleh dari bandung..kekekekk..masa tu hujan lagi..airport bandung dah la kecik..berebut-rebut ambik teksi..masa tu nak demand pun tak boleh..hahaa..padan muka..Nasib  15 minit jer perjalanan ke Verona Palace Hotel, kalau tak memang aku dah jadi suster ngesot kot..malam tu kitorang  tak gi mana-mana dan makan kat hotel  ja..sebab hujan ..sedih sangattt~ ( ala-ala Sharifah Amani)