Like Page Your Online Store

Friday, November 8, 2013

Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....


P/s : Maaf gambar agak seksi sedikit



Tujuh bulan yang lalu tergerak hati aku untuk membuat pemeriksaan keatas payudara sendiri, aku google cara-cara nak memeriksa sendiri. Dan ini hasil nya :

Cara memeriksa

Kemudian setelah aku memeriksa Ya Allah! aku terasa ketulan kecil diatas payudara sebelah kiri aku..aku terasa panik masa tu..bermacam yang aku fikirkan "adakah ketulan nie kanser?", "kalau kanser adakah payudara aku akan dibuang? atau ketulan itu sahaja","aku belum berkahwin, macamana perasaan bakal suamiku kalau payudara aku tiada?" hanya Tuhan sahaja yang tahu segala persoalan dimindaku..




Seminggu selepas keresahan aku telah menguatkan diri ke Hospital Queen Elizabeth untuk mengesahkan ketulan itu adalah kanser atau tidak..aku memilih hospital kerajaan sebab aku tak mampu nak bayar mahal-mahal. Kos pendaftaran dihospital kerajaan hanya RM1..Aku meminta Doktor perempuan yang memeriksa aku kerana aku masih bujang..hehee..Doktor mengesahkan memang ada ketulan kecil berukuran 1cm atas payudaraku sebelah kiri dan doktor tersebut telah membuat temujanji kepada Klinik Payudara untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Pada hari berikutnya, aku datang ke Klinik Payudara untuk membuat pemeriksaan, jururawat menyuruh aku ke kaunter hasil untuk membuat bayaran sebanyak RM5. Dan selepas itu dia memberikan aku nombor giliran dan aku meminta doktor perempuan yang memeriksa aku, tetapi jururawat cakap doktor perempuan tiada. Tibanya giliran aku, aku sedikit terkejut bila doktor yang memeriksa aku seorang lelaki muda dan agak handsome juga..hehee..aku dah tak dapat nak mengelak sebab semua doktor masa tu adalah lelaki seperti yang dikatakn jururawat berkenaan. Dalam satu bilik tu ada dua doktor lelaki, seorang yang muda dan seorang lagi tua. Aku dapat yang doktor muda dan kakak seorang lagi tu dapat doktor yang tua, memang  malu juga masa tu, tapi bak kata orang "biar malu sekarang jangan menyesal dikemudian hari".

Doktor tersebut mula memeriksaku dengan bantuan seorang jururawat menekan-nekan payudara aku, bahagian ketiak dan puting sama ada, ada reaksi atau tidak. Selepas kejadian memalukan selama 5minit tu, doktor telah memberi aku surat temujanji lagi untuk membuat UltraSound. 

Ultrasound

Setelah empat bulan berlalu kini masanya aku untuk membuat Ultrasound, syukur Alhamdullilah Doktor perempuan yang menjalankan Ultrasound ke atas aku, doktor tersebut meletakkan gel dipayudara aku untuk melicinkan permukaan semasa membuat Ultrasound. Memang tidak disangkakan lagi ketulan tersebut ada terpapar di skrin. Aku hanya redha. Selesai sahaja Ultrasound doktor tersebut memberikan aku hasil pemeriksaan untuk diberikan kepada doktor diklinik payudara.

Pada keesokkan hari aku ke klinik payudara semula untuk memberikan hasil pemeriksaan Ultrasound, kali nie doktor perempuan muda yang memeriksa aku. Mana-mana doktor pun akan bertanya soalan yang sama "sakit tak?", "ada rasa membesar?", "selera makan macamana?ok?","ada makan ubat?" dan sebagainya. Kemudian doktor tersebut menyuruh aku membuat biopsi plak..berlinang air mata aku masa tu. Aku paling lah tak suka jarum-jarum nie..apa lagi nak cucuk dipayudara aku??belum lagi buat biopsi payudara aku terasa seperti ingin melarikan diri..tapi bila aku fikir kembali, aku dah jauh takkan nak berhenti sampai disini..rela tak rela aku tandatangan surat kebenaran menjalankan biopsi keatas aku. Kalau korang tak tau biopsi tu macamana nie hah :

Biopsi

Petang Jam 2, hari yang sama aku ke bahagian FNAC tempat biopsi dilakukan. Yang buat biopsi tak ramai tapi lelaki pun ada, jadi jangan ingat lelaki selamat daripada kanser payudara nie. Ok, aku dengar-dengar bila biopsi nie doktor akan bagi ubat bius supaya pesakit tidak rasa sakit semasa biopsi dilakukan..Tapi indah khabar dari rupa laah kan..aku tidak diberikan bius pun??doktor cuma sapu antiseptik??masa tu aku rasa macam aku kena bedah masa hidup-hidup. Tapi doktor tu ada bagitahu kalau letak bius nanti akan mengembang dan ketulan susah nak cari lagi-lagi ketulan aku nie kecil dan bila susah cari kena cucuk 2-3 kali. Dan dia gunakan jarum yang paling kecil sahaja, kecil-kecil pun cili api okeiii..bila aku dengar dia cakap 2-3 kali aku terus angguk kepala tidak perlu guna bius. Masa tu aku dah tak dapat berfikir dengan betul "iyakan" sahaja. 

Doktor suruh aku baring dan dia sapu antiseptik..kemudian dia ambil jarum yang kecil, aku cepat-cepat tutup mata dan pandang ke kanan. Kalau aku tengok pengsan kot takpayah doktor tu bagi bius segala. Aku mengetap bibir aku masa jarum tu masuk..memang terasa tusukan jarum tu, tapi aku masih boleh bertahan..kemudian doktor tu pam-pam, Ya Allah..sakit ok..kemudian doktor tu tarik keluar jarum tersebut. Kesakitan tadi merebak ke ketiak aku, berdenyut-denyut. Tangan aku terasa lemah, bila aku gerakkan sakit macam kekejangan otot pun ada. Doktor sempat lagi cakap kat aku "jangan pakai baju dulu, saya nak lihat cukup atau tidak sample nie, kalau tak cukup kena ambil kali kedua" aku macam.."what????, doktor nak cucuk lagi? Ya Allah, cukupkan laah.." Syukur Alhamdullilah doktor tu cakap cukup..tak sanggup aku nak dicucuk kali kedua. Kemudian aku dibenarkan pulang dan doktor cakap hasil tu nanti akan terus ke Klinik Payudara. Nasib juga lah bapa aku dan mak aku temankan gi hospital sebab kalau aku drive memang rasa sakit berdenyut-denyut. Dan sekarang pun masih sakit lagi. Ok..bersambung..28/11/2013 nie aku ada temujanji dengan Klinik Payudara lagi nak tau hasil biopsi. Babaii..Doakan aku sihat dan ketulan tu cuma ketulan biasa. Sambung ke >> ( Keputusan Biopsi yang dinanti-nanti )

P/s : Kawan-kawan buatlah pemeriksaan sendiri, kalau terasa sesuatu mencurigakan terus jumpa doktor ok, jangan sampai terlambat. 



2 comments: