Like Page Your Online Store

Friday, November 29, 2013

Keputusan Biopsi Yang Dinanti-nanti


Ok nie adalah cerita selepas kejadian Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....

Syukur Alhamdullillah keputusan biopsi telah pun diberitahu dan doktor cakap ketulan itu bukan lah kanser. Selepas biopsi hari tu takut juga aku, sebab kakak aku buat biopsi dan kanser tu telah merebak kalau orang kampung macam aku nie cakap dah pecah macam jerawat yang bernanah pecah tapi situasinya kanser tu pecah didalam dan kita tak nampak. Sebab tu la aku takut nak ambik biopsi. aku ada juga baca kat web nie CAFEMLM yang katanya biopsi punca kanser merebak. Yela, bukan kita boleh percaya doktor nie 100%..tapi hari tu aku tanya kat doktor tu boleh buang terus ker ketulan tu tanpa biopsi, doktor cakap ada lah lebih baik buat biopsi dulu nak tau kanser ke tak (amboii! elok-elok ketulan tu tak pecah ko bagi pecah dan merebak plakkk). Aku memang rasa keraguan di situ tapi memang doktor tu tak nak bagi aku bedah..hmm..terpaksa juga aku buat biopsi.

Akak aku lepas seminggu ambik biopsi memang ketulan tu menjadi besar dan terpaksa di buang, bukan buang ketulan jer tapi buang payudara sekali..hmmm..sekarang dah habis kimoterapi..kawan-kawan doakan semoga dia sihat dan kanser tersebut tak merebak lagi yer..akak aku nak buat radioterapi tapi doktor cakap radioterapi nie untuk melambatkan proses kanser sahaja. Aku pun tak tau samada betul ke tidak sebab apa yang aku baca dapat mematikan sel-sel kanser tu..so 50-50..lepas apa yang terjadi kat kakak aku..susah aku nak percaya doktor..apa lagi bila aku berjumpa doktor untuk keputusan biopsi aku..doktor tu macam nak tak nak jer layan aku..dia langsung tak bagi penjelasan kat aku..dia just cakap "tiada apa-apa, bukan kanser, datang setahun lagi buat pemeriksaan" pastu dia suruh aku baring dan periksa payudara aku..tapi dia tak periksa tempat-tempat lain seperti ketiak aku..semua doktor yang aku jumpa akan buat pemeriksaan penuh tapi yang doktor nie macam nak tak nak jak periksa aku..macam tak sampai 10minit aku kat dalam bilik tu..hmm..

Oyah! selepas jer aku buat biopsi tu hari-hari aku periksa payudara aku takut-takut membesar ketulan tu..tapi kena buat perlahan-lahan lah sebab baru di cucuk kan..so takleh tekan kuat sangat..jadi itu jer la cerita dia..kena buat pemeriksaan sendiri sekarang..kalau rasa-rasa ada perubahan kena terus jumpa doktor..Salammmm....

2 comments: