Like Page Your Online Store

Sunday, November 24, 2013

Hey!!hey!!Passport SIAP!!

Passport Kami!


Ok..Hari nie passport dah SIAP..masa nak buat passport nie byk sangat drama yang terjadi secara siaran langsung. Mak & Bapa aku awal lagi dorang buat Passport, Jadi aku dan adik aku jer belum buat passport, sebab kitaorang sebok cari duit tak boleh nak ke Imigresen tunggu lelama nanti kena buang kerja..hahaa..nak buat cuti setengahari aku dah banyak kali cuti sebab kes Hospital tu..hehee..jadi mak aku suruh buat passport hari ahad minggu lalu tu, sebab adik aku kerja hari sabtu. Imigresen buka sabtu dan ahad tapi setengahari jer..Mak aku awal-awal lagi bagitau bangun awal kena berbaris walaupun pintu masuk Imigresen tu tak buka lagi..kira awal gak la kami bangun..Jam 6.40 pagi dah ke Imigresen, tapi oleh kerana time tu ada acara lumba berbasikal lewat sikit tiba kat Imigresen sebab kena bagi laluan kepada penunggang basikal. So sampai ke Imigresen dalam 7.10 minit..Yohaiiiii...punya ramai manusia-manusia yang berbaris terpacak menunggu pintu Imigresen dibuka.

Dengar-dengar nombor giliran limited sebanyak 150 sahaja..so siapa datang awal, dapat la nombor giliran. Masa tu memang dah rasa memang takkan dapat nombor. Masa pintu Imigresen tu dibuka adalah yang manusia-manusia cuba nasib nak potong giliran tapi macam biasalah kena sound okeii..malunya minah tu..hehee..ada yang lepas dan ada yang tak lepas sebab dah kena sound oleh orang-orang yang awal datang..dah tu minah sorang tu masih juga nak potong barisan sehingga bergaduh dengan amoii..kikikii..siaran langsung okeii..dia cakap mulut amoi tu bau masin..lawak plak time tu..pas jer kejadian tu kitaorang blah laa..sebab memang takkan dapat nombor punya..

Hari rabu tu mak aku cakap dia tolong berbaris untuk kami jam 6 pagi supaya kami dapat nombor giliran & bapa aku antar mak aku naik kuda (motor)..nampak tak disitu pengorbanan seorang IBUBAPA??waaaaa...terharu aku...Mak..Pak terima kasihhh..Jam 6.40 pagi tu aku dan adik aku sampai kat Imigresen.ganti mak aku. cian mak..Mak aku dapat giliran nombor 5 okeii..ada orang lagi awal dari mak aku..ko bayangkan laah orang nombor 1-4 tu jam berapa lagi dah betapak kat sana..huuu..speechlessssss..

Jam 9.30pagi tu siap dah buat dan bayar Passport RM100 untuk 2 Tahun..cuma Passportnya belum dikeluar-in yaa bukk..kena tunggu lagi..tapi aku dan adik aku mana boleh lepak-lepak kurik-kurik taik hidung kat Imigresen tu sayang oi..kami terus jer balik hantar mak aku. Dan terus pi kerja..hehee..dan hari nie baru ambik passport..time ambik passport tu tak yah berbaris, terus jer masuk tunjuk slip bayaran passport..tu jer..tak sabar nak ke bandung!!




0 comments: