Like Page Your Online Store

Friday, November 29, 2013

Keputusan Biopsi Yang Dinanti-nanti


Ok nie adalah cerita selepas kejadian Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....

Syukur Alhamdullillah keputusan biopsi telah pun diberitahu dan doktor cakap ketulan itu bukan lah kanser. Selepas biopsi hari tu takut juga aku, sebab kakak aku buat biopsi dan kanser tu telah merebak kalau orang kampung macam aku nie cakap dah pecah macam jerawat yang bernanah pecah tapi situasinya kanser tu pecah didalam dan kita tak nampak. Sebab tu la aku takut nak ambik biopsi. aku ada juga baca kat web nie CAFEMLM yang katanya biopsi punca kanser merebak. Yela, bukan kita boleh percaya doktor nie 100%..tapi hari tu aku tanya kat doktor tu boleh buang terus ker ketulan tu tanpa biopsi, doktor cakap ada lah lebih baik buat biopsi dulu nak tau kanser ke tak (amboii! elok-elok ketulan tu tak pecah ko bagi pecah dan merebak plakkk). Aku memang rasa keraguan di situ tapi memang doktor tu tak nak bagi aku bedah..hmm..terpaksa juga aku buat biopsi.

Akak aku lepas seminggu ambik biopsi memang ketulan tu menjadi besar dan terpaksa di buang, bukan buang ketulan jer tapi buang payudara sekali..hmmm..sekarang dah habis kimoterapi..kawan-kawan doakan semoga dia sihat dan kanser tersebut tak merebak lagi yer..akak aku nak buat radioterapi tapi doktor cakap radioterapi nie untuk melambatkan proses kanser sahaja. Aku pun tak tau samada betul ke tidak sebab apa yang aku baca dapat mematikan sel-sel kanser tu..so 50-50..lepas apa yang terjadi kat kakak aku..susah aku nak percaya doktor..apa lagi bila aku berjumpa doktor untuk keputusan biopsi aku..doktor tu macam nak tak nak jer layan aku..dia langsung tak bagi penjelasan kat aku..dia just cakap "tiada apa-apa, bukan kanser, datang setahun lagi buat pemeriksaan" pastu dia suruh aku baring dan periksa payudara aku..tapi dia tak periksa tempat-tempat lain seperti ketiak aku..semua doktor yang aku jumpa akan buat pemeriksaan penuh tapi yang doktor nie macam nak tak nak jak periksa aku..macam tak sampai 10minit aku kat dalam bilik tu..hmm..

Oyah! selepas jer aku buat biopsi tu hari-hari aku periksa payudara aku takut-takut membesar ketulan tu..tapi kena buat perlahan-lahan lah sebab baru di cucuk kan..so takleh tekan kuat sangat..jadi itu jer la cerita dia..kena buat pemeriksaan sendiri sekarang..kalau rasa-rasa ada perubahan kena terus jumpa doktor..Salammmm....

Sunday, November 24, 2013

Hey!!hey!!Passport SIAP!!

Passport Kami!


Ok..Hari nie passport dah SIAP..masa nak buat passport nie byk sangat drama yang terjadi secara siaran langsung. Mak & Bapa aku awal lagi dorang buat Passport, Jadi aku dan adik aku jer belum buat passport, sebab kitaorang sebok cari duit tak boleh nak ke Imigresen tunggu lelama nanti kena buang kerja..hahaa..nak buat cuti setengahari aku dah banyak kali cuti sebab kes Hospital tu..hehee..jadi mak aku suruh buat passport hari ahad minggu lalu tu, sebab adik aku kerja hari sabtu. Imigresen buka sabtu dan ahad tapi setengahari jer..Mak aku awal-awal lagi bagitau bangun awal kena berbaris walaupun pintu masuk Imigresen tu tak buka lagi..kira awal gak la kami bangun..Jam 6.40 pagi dah ke Imigresen, tapi oleh kerana time tu ada acara lumba berbasikal lewat sikit tiba kat Imigresen sebab kena bagi laluan kepada penunggang basikal. So sampai ke Imigresen dalam 7.10 minit..Yohaiiiii...punya ramai manusia-manusia yang berbaris terpacak menunggu pintu Imigresen dibuka.

Dengar-dengar nombor giliran limited sebanyak 150 sahaja..so siapa datang awal, dapat la nombor giliran. Masa tu memang dah rasa memang takkan dapat nombor. Masa pintu Imigresen tu dibuka adalah yang manusia-manusia cuba nasib nak potong giliran tapi macam biasalah kena sound okeii..malunya minah tu..hehee..ada yang lepas dan ada yang tak lepas sebab dah kena sound oleh orang-orang yang awal datang..dah tu minah sorang tu masih juga nak potong barisan sehingga bergaduh dengan amoii..kikikii..siaran langsung okeii..dia cakap mulut amoi tu bau masin..lawak plak time tu..pas jer kejadian tu kitaorang blah laa..sebab memang takkan dapat nombor punya..

Hari rabu tu mak aku cakap dia tolong berbaris untuk kami jam 6 pagi supaya kami dapat nombor giliran & bapa aku antar mak aku naik kuda (motor)..nampak tak disitu pengorbanan seorang IBUBAPA??waaaaa...terharu aku...Mak..Pak terima kasihhh..Jam 6.40 pagi tu aku dan adik aku sampai kat Imigresen.ganti mak aku. cian mak..Mak aku dapat giliran nombor 5 okeii..ada orang lagi awal dari mak aku..ko bayangkan laah orang nombor 1-4 tu jam berapa lagi dah betapak kat sana..huuu..speechlessssss..

Jam 9.30pagi tu siap dah buat dan bayar Passport RM100 untuk 2 Tahun..cuma Passportnya belum dikeluar-in yaa bukk..kena tunggu lagi..tapi aku dan adik aku mana boleh lepak-lepak kurik-kurik taik hidung kat Imigresen tu sayang oi..kami terus jer balik hantar mak aku. Dan terus pi kerja..hehee..dan hari nie baru ambik passport..time ambik passport tu tak yah berbaris, terus jer masuk tunjuk slip bayaran passport..tu jer..tak sabar nak ke bandung!!




Friday, November 8, 2013

Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....


P/s : Maaf gambar agak seksi sedikit



Tujuh bulan yang lalu tergerak hati aku untuk membuat pemeriksaan keatas payudara sendiri, aku google cara-cara nak memeriksa sendiri. Dan ini hasil nya :

Cara memeriksa

Kemudian setelah aku memeriksa Ya Allah! aku terasa ketulan kecil diatas payudara sebelah kiri aku..aku terasa panik masa tu..bermacam yang aku fikirkan "adakah ketulan nie kanser?", "kalau kanser adakah payudara aku akan dibuang? atau ketulan itu sahaja","aku belum berkahwin, macamana perasaan bakal suamiku kalau payudara aku tiada?" hanya Tuhan sahaja yang tahu segala persoalan dimindaku..


Wednesday, November 6, 2013

Main KUTU satu PENYESALAN!!!


Hari nie aku terasa amat menyesal-sesal-sesalannya sebab aku bermain kutu..Hampir setahun terjebak dengan KUTU nie..dan sekarang aku terasa menyesal kerana ada ORANG-ORANG HUTAN yang tak pandai bayar turn aku. Dah dua bulan kutu aku tak di bayar oleh mereka-mereka yang tiada hati perut makan duit haram tu..kalau sikit tak pe..nie RM800 kot??yang MAK KUTU pun sama TIADA TANGGUNGJAWAB aku rasa ko patut jadi ketua penipu or perompak dari ko jadi ketua or mak kutu dalam group tu!!kepada yang tengah main kutu tu aku harap korang tunaikan tanggungjawab korang dan yang baru nak start tu tak payah la korang main..buang masa bagus simpan duit tu kat bank sendiri dari bank orang lain..sekian!!

Saturday, November 2, 2013

Itadakimassssss!!!


Alhamdullilah..Dah kenyang..Malam nie kitaorang satu famili makan Pizza Hut..nie semua pengaruh Man V Food kat chanel TLC tu..hehee..korang tengok tak rancangan tu?Alaa..yang Adam Richman selalu challenge makan makanan yang berpaun-paun tu..huuuu..memang dasattt aku cakap perut ke tong tu sampai boleh makan berpaun-paun. Nampak sedap jer tengok dia makan..bekecur-kecur liur aku tengok..kekadang sampai termimpi-mimpi tau..abis basah bantal aku dapat laut china selatan punya peta..hehee..Malam nie Menu kitaorang 1x Large Hawaian Chicken, 1x Regular Deluxe Cheese dan 8x pieces Tempura Prawn, murah tau harga dia RM48 jaa..tapi bapa aku mengidam Mushrooms Soup jadi add on 3 sup total Rm59.80..Ok laa tu kan..sekali sekala makan Fast Food nie..ok laa korang-korang yang tengok gambar tu jangan plak sampai merenjis liur tu..hehee..daaaa~~

Friday, November 1, 2013

Plan Ke Bandung

   

     Lama dah sebenarnya nak ke bandung, tapi ye la kena ada bajet kalau nak merantau nie..kalau pergi seorang  macam selfish la pulak kan..sooo lebih elok bawa family. Dalam setahun nie aku dan adik beradik yang lain dah pakat-pakat kumpul duit nak ke bandung..niat nak bawa orang tua kami jalan-jalan dan suda tentu laa SHOPPINGGG. Jadi seorang kena kumpul RM2K..kitorang ada 4 orang adik beradik..kalau di kira RM8K la bajet kan?tapi akak aku yang yang pertama tu tak dapat ikut sebab bos tak bagi cuti-cuti malaysia..hehee..kejadian dia hanya RM6K jer bajet nak ke bandung selama 5 hari 4 malam..korang rasa cukup tak untuk 6 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak??Insha Allah cukup..