Like Page Your Online Store

Saturday, October 26, 2013

Astro Terbaik!!



     Apahal tetiba aku nak cakap pasal Astro nie?hehee..tadi pagi mak aku nak on Astro tapi tak boleh on..andaian kami sebab guntur/temparik kot semalam..sebab tu dekoder kami rosak..hehee..tapi mak aku salah kan bapa aku sebab tengok Astro sampai tengah malam (saja gaduh manja). Aku dah try buka segala wayar kat dekoder tu dan pasang balik, tapi tetap gak dia tak boleh nak on..dalam hati aku (omaigod..kalau pi Astro nie nak kena bayar pembaikan or beli baru dekoder lah nie..dah la time kering nie belum gaji..)hahaa..sedih kan luahan hati aku..mana tak nya, RM100 aku dah terbang ke kuching sebab bayar saman yang baru muncul setelah 4 tahun aku tinggalkan kuching, sarawak. Boleh-boleh JPJ Kuching blacklist aku sebab aku tak bagi kerjasama untuk siasatan..alamatnya dah kena blacklist tak dapat buat lesen la kan..so dah bagi clear dengan bayar RM100..huhuu..eh..melalut plak aku..
 
    Ok berbalik pada Astro, aku dan mak aku ambik keputusan untuk ke cawangan Astro, aku siap-siap dah bawa dekoder astro dan adapter..setibanya di sana pada pukul 9 pagi..aku tak boleh buka pintu Astro, pak guard pun bagi isyarat tak boleh masuk..maluuunyaa..macam aku nak berlari 100meter jer dari pak guard tu akibat malu yang teramat sangat..hahaa..sebab tak boleh masuk masa operasi Astro jam 9.30 pagi lar..aku awal 30 minit..buat malu jak..hahaa..sementara tunggu tu aku jalan-jalan la ngan mak aku..Kat kota kinabalu nie cawangan Astro dia kat KK Times Square tau..hehee..bak kata orang..KK Times Square nie hanya untuk orang yang MAMPU sahaja..semua barangan branded yang dijual kat sana..tapi aku tengok..satu kedai pun tak buka, kedai makan buka la..Dah 9.30 pagi tu mak dan aku beratur ambik nombor..nombor kami 1004..maksudnya aku orang ke-empat lah..hehee..dah tu tiba giliran kami. macam nie sesi perbualan kami (ala-ala nak pegi interbiu kerje govermen)hehee.. :

Cik Astro : Selamat pagi, boleh saya bantu?
Aku : Selamat pagi, Cik dekoder saya nie tak boleh on la, macamana tu ah?
Cik Asrto : Ada bawa dekoder?
Aku          : Ada....(nasib aku bawa sambil buka plastik Vunfa..hehee)
Cik Astro : (ambik dekoder try on kat tv, dapat on)
Aku : (aik..boleh plak on)
Cik Astro : Boleh on nie.
Aku : Mungkin adapter saya nie rosak.
Cik Asrto : Ya, adapter la tu rosak,nanti saya gantikan dengan yang baru.
Aku : Perlu bayar berapa?
Cik Astro : Free, tak perlu bayar.
Aku :(Alhamdullilah saveeee bajeeettt)

Masa kat Astro aku teringat satelite kat rumah tu, bapa aku pi buka sebab nak perbaharui atap rumah, so signal dah jadi tak berapa nak kuat, baru angin sikit Astro dah gelap..hehee..kalau kena angin kentut pun signal dah lari..hahaa..So aku dengan beraninya tanya lagi kat Cik Astro.

Aku : Kalau nak suruh orang cek dan perbetulkan satelite kat rumah berapa bayaran?
Cik Astro : Nak cek signal satelite?Percuma sahaja..
Aku :(macam tak percaya) Percuma?
Cik Astro : Ya percuma. Dalam masa 48 jam orang kami akan kesana, mungkin hari isnin.
Aku : Ok..terima kasih (senang hati, sebab tak perlu bayar apa-apa)

Sebab nie la aku cakap Astro terbaikkk!!hehee..jadi kepada yang ada masalah dengan Astro korang..tak yah malu-malu ke cawangan Astro. Kalau aku tak silap dengar Cik Astro tu kata warranty nie seumur hidup, selagi ko langgan Astro..hehee..harap-harap la kan betul..ok u olls tu je aku nak karang hari nie..Arigato!!

0 comments: