Like Page Your Online Store

Sunday, December 29, 2013

Pengalaman Bercuti DiBandung

Wahh..Maaf sebab tak dapat update tentang pengalaman bercuti ke bandung, ini kerana aku di serang demam, batuk dan selesema selama 2 minggu..arghhhh..sekarang pun still lagi batuk dan selesema..
Disini aku nak update pasal percutian kami sekeluarga ke bandung pada 9/12/2013-13/12/2013 secara ringkas..kalau aku nak mengarang panjang berjela pun boleh cuma rasanya sama jer kot macam pengalaman kawan-kawan yang lain. So aku nak bagi ringkasan jer apa yang penting..hehee..(malas sebenarnya nak mengarang :p)..

Ok..pertama sekali aku bersyukur bangat sebab aku lepas bapak Imigresen..ha..ha..haa...ini kerana aku dah lama tak bayar PTPTN aku..2 tahun beb..nervous juga aku nak lalu bapak Imigresen tu..tapi nasib lepas..yang turut bersyukur masa tu adik aku..2 x 5 la kami tak bayar PTPTN..hehee..(2 bulan sebelum bertolak baru sibuk bayar PTPTN)

(9/12/2013 - ISNIN)
 
Sampai jer di airport bandung..terus cari teksi, malangnya dapat teksi avanza..sempit jooo aku cakap..macam sardin..dah la beg besar-besar..besar tapi kosong..sebab nak tapau oleh-oleh dari bandung..kekekekk..masa tu hujan lagi..airport bandung dah la kecik..berebut-rebut ambik teksi..masa tu nak demand pun tak boleh..hahaa..padan muka..Nasib  15 minit jer perjalanan ke Verona Palace Hotel, kalau tak memang aku dah jadi suster ngesot kot..malam tu kitorang  tak gi mana-mana dan makan kat hotel  ja..sebab hujan ..sedih sangattt~ ( ala-ala Sharifah Amani)


Friday, November 29, 2013

Keputusan Biopsi Yang Dinanti-nanti


Ok nie adalah cerita selepas kejadian Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....

Syukur Alhamdullillah keputusan biopsi telah pun diberitahu dan doktor cakap ketulan itu bukan lah kanser. Selepas biopsi hari tu takut juga aku, sebab kakak aku buat biopsi dan kanser tu telah merebak kalau orang kampung macam aku nie cakap dah pecah macam jerawat yang bernanah pecah tapi situasinya kanser tu pecah didalam dan kita tak nampak. Sebab tu la aku takut nak ambik biopsi. aku ada juga baca kat web nie CAFEMLM yang katanya biopsi punca kanser merebak. Yela, bukan kita boleh percaya doktor nie 100%..tapi hari tu aku tanya kat doktor tu boleh buang terus ker ketulan tu tanpa biopsi, doktor cakap ada lah lebih baik buat biopsi dulu nak tau kanser ke tak (amboii! elok-elok ketulan tu tak pecah ko bagi pecah dan merebak plakkk). Aku memang rasa keraguan di situ tapi memang doktor tu tak nak bagi aku bedah..hmm..terpaksa juga aku buat biopsi.

Akak aku lepas seminggu ambik biopsi memang ketulan tu menjadi besar dan terpaksa di buang, bukan buang ketulan jer tapi buang payudara sekali..hmmm..sekarang dah habis kimoterapi..kawan-kawan doakan semoga dia sihat dan kanser tersebut tak merebak lagi yer..akak aku nak buat radioterapi tapi doktor cakap radioterapi nie untuk melambatkan proses kanser sahaja. Aku pun tak tau samada betul ke tidak sebab apa yang aku baca dapat mematikan sel-sel kanser tu..so 50-50..lepas apa yang terjadi kat kakak aku..susah aku nak percaya doktor..apa lagi bila aku berjumpa doktor untuk keputusan biopsi aku..doktor tu macam nak tak nak jer layan aku..dia langsung tak bagi penjelasan kat aku..dia just cakap "tiada apa-apa, bukan kanser, datang setahun lagi buat pemeriksaan" pastu dia suruh aku baring dan periksa payudara aku..tapi dia tak periksa tempat-tempat lain seperti ketiak aku..semua doktor yang aku jumpa akan buat pemeriksaan penuh tapi yang doktor nie macam nak tak nak jak periksa aku..macam tak sampai 10minit aku kat dalam bilik tu..hmm..

Oyah! selepas jer aku buat biopsi tu hari-hari aku periksa payudara aku takut-takut membesar ketulan tu..tapi kena buat perlahan-lahan lah sebab baru di cucuk kan..so takleh tekan kuat sangat..jadi itu jer la cerita dia..kena buat pemeriksaan sendiri sekarang..kalau rasa-rasa ada perubahan kena terus jumpa doktor..Salammmm....

Sunday, November 24, 2013

Hey!!hey!!Passport SIAP!!

Passport Kami!


Ok..Hari nie passport dah SIAP..masa nak buat passport nie byk sangat drama yang terjadi secara siaran langsung. Mak & Bapa aku awal lagi dorang buat Passport, Jadi aku dan adik aku jer belum buat passport, sebab kitaorang sebok cari duit tak boleh nak ke Imigresen tunggu lelama nanti kena buang kerja..hahaa..nak buat cuti setengahari aku dah banyak kali cuti sebab kes Hospital tu..hehee..jadi mak aku suruh buat passport hari ahad minggu lalu tu, sebab adik aku kerja hari sabtu. Imigresen buka sabtu dan ahad tapi setengahari jer..Mak aku awal-awal lagi bagitau bangun awal kena berbaris walaupun pintu masuk Imigresen tu tak buka lagi..kira awal gak la kami bangun..Jam 6.40 pagi dah ke Imigresen, tapi oleh kerana time tu ada acara lumba berbasikal lewat sikit tiba kat Imigresen sebab kena bagi laluan kepada penunggang basikal. So sampai ke Imigresen dalam 7.10 minit..Yohaiiiii...punya ramai manusia-manusia yang berbaris terpacak menunggu pintu Imigresen dibuka.

Dengar-dengar nombor giliran limited sebanyak 150 sahaja..so siapa datang awal, dapat la nombor giliran. Masa tu memang dah rasa memang takkan dapat nombor. Masa pintu Imigresen tu dibuka adalah yang manusia-manusia cuba nasib nak potong giliran tapi macam biasalah kena sound okeii..malunya minah tu..hehee..ada yang lepas dan ada yang tak lepas sebab dah kena sound oleh orang-orang yang awal datang..dah tu minah sorang tu masih juga nak potong barisan sehingga bergaduh dengan amoii..kikikii..siaran langsung okeii..dia cakap mulut amoi tu bau masin..lawak plak time tu..pas jer kejadian tu kitaorang blah laa..sebab memang takkan dapat nombor punya..

Hari rabu tu mak aku cakap dia tolong berbaris untuk kami jam 6 pagi supaya kami dapat nombor giliran & bapa aku antar mak aku naik kuda (motor)..nampak tak disitu pengorbanan seorang IBUBAPA??waaaaa...terharu aku...Mak..Pak terima kasihhh..Jam 6.40 pagi tu aku dan adik aku sampai kat Imigresen.ganti mak aku. cian mak..Mak aku dapat giliran nombor 5 okeii..ada orang lagi awal dari mak aku..ko bayangkan laah orang nombor 1-4 tu jam berapa lagi dah betapak kat sana..huuu..speechlessssss..

Jam 9.30pagi tu siap dah buat dan bayar Passport RM100 untuk 2 Tahun..cuma Passportnya belum dikeluar-in yaa bukk..kena tunggu lagi..tapi aku dan adik aku mana boleh lepak-lepak kurik-kurik taik hidung kat Imigresen tu sayang oi..kami terus jer balik hantar mak aku. Dan terus pi kerja..hehee..dan hari nie baru ambik passport..time ambik passport tu tak yah berbaris, terus jer masuk tunjuk slip bayaran passport..tu jer..tak sabar nak ke bandung!!




Friday, November 8, 2013

Mudah-Mudahan Bukan Kanser Payudara....


P/s : Maaf gambar agak seksi sedikit



Tujuh bulan yang lalu tergerak hati aku untuk membuat pemeriksaan keatas payudara sendiri, aku google cara-cara nak memeriksa sendiri. Dan ini hasil nya :

Cara memeriksa

Kemudian setelah aku memeriksa Ya Allah! aku terasa ketulan kecil diatas payudara sebelah kiri aku..aku terasa panik masa tu..bermacam yang aku fikirkan "adakah ketulan nie kanser?", "kalau kanser adakah payudara aku akan dibuang? atau ketulan itu sahaja","aku belum berkahwin, macamana perasaan bakal suamiku kalau payudara aku tiada?" hanya Tuhan sahaja yang tahu segala persoalan dimindaku..


Wednesday, November 6, 2013

Main KUTU satu PENYESALAN!!!


Hari nie aku terasa amat menyesal-sesal-sesalannya sebab aku bermain kutu..Hampir setahun terjebak dengan KUTU nie..dan sekarang aku terasa menyesal kerana ada ORANG-ORANG HUTAN yang tak pandai bayar turn aku. Dah dua bulan kutu aku tak di bayar oleh mereka-mereka yang tiada hati perut makan duit haram tu..kalau sikit tak pe..nie RM800 kot??yang MAK KUTU pun sama TIADA TANGGUNGJAWAB aku rasa ko patut jadi ketua penipu or perompak dari ko jadi ketua or mak kutu dalam group tu!!kepada yang tengah main kutu tu aku harap korang tunaikan tanggungjawab korang dan yang baru nak start tu tak payah la korang main..buang masa bagus simpan duit tu kat bank sendiri dari bank orang lain..sekian!!

Saturday, November 2, 2013

Itadakimassssss!!!


Alhamdullilah..Dah kenyang..Malam nie kitaorang satu famili makan Pizza Hut..nie semua pengaruh Man V Food kat chanel TLC tu..hehee..korang tengok tak rancangan tu?Alaa..yang Adam Richman selalu challenge makan makanan yang berpaun-paun tu..huuuu..memang dasattt aku cakap perut ke tong tu sampai boleh makan berpaun-paun. Nampak sedap jer tengok dia makan..bekecur-kecur liur aku tengok..kekadang sampai termimpi-mimpi tau..abis basah bantal aku dapat laut china selatan punya peta..hehee..Malam nie Menu kitaorang 1x Large Hawaian Chicken, 1x Regular Deluxe Cheese dan 8x pieces Tempura Prawn, murah tau harga dia RM48 jaa..tapi bapa aku mengidam Mushrooms Soup jadi add on 3 sup total Rm59.80..Ok laa tu kan..sekali sekala makan Fast Food nie..ok laa korang-korang yang tengok gambar tu jangan plak sampai merenjis liur tu..hehee..daaaa~~

Friday, November 1, 2013

Plan Ke Bandung

   

     Lama dah sebenarnya nak ke bandung, tapi ye la kena ada bajet kalau nak merantau nie..kalau pergi seorang  macam selfish la pulak kan..sooo lebih elok bawa family. Dalam setahun nie aku dan adik beradik yang lain dah pakat-pakat kumpul duit nak ke bandung..niat nak bawa orang tua kami jalan-jalan dan suda tentu laa SHOPPINGGG. Jadi seorang kena kumpul RM2K..kitorang ada 4 orang adik beradik..kalau di kira RM8K la bajet kan?tapi akak aku yang yang pertama tu tak dapat ikut sebab bos tak bagi cuti-cuti malaysia..hehee..kejadian dia hanya RM6K jer bajet nak ke bandung selama 5 hari 4 malam..korang rasa cukup tak untuk 6 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak??Insha Allah cukup..
   

Saturday, October 26, 2013

Astro Terbaik!!



     Apahal tetiba aku nak cakap pasal Astro nie?hehee..tadi pagi mak aku nak on Astro tapi tak boleh on..andaian kami sebab guntur/temparik kot semalam..sebab tu dekoder kami rosak..hehee..tapi mak aku salah kan bapa aku sebab tengok Astro sampai tengah malam (saja gaduh manja). Aku dah try buka segala wayar kat dekoder tu dan pasang balik, tapi tetap gak dia tak boleh nak on..dalam hati aku (omaigod..kalau pi Astro nie nak kena bayar pembaikan or beli baru dekoder lah nie..dah la time kering nie belum gaji..)hahaa..sedih kan luahan hati aku..mana tak nya, RM100 aku dah terbang ke kuching sebab bayar saman yang baru muncul setelah 4 tahun aku tinggalkan kuching, sarawak. Boleh-boleh JPJ Kuching blacklist aku sebab aku tak bagi kerjasama untuk siasatan..alamatnya dah kena blacklist tak dapat buat lesen la kan..so dah bagi clear dengan bayar RM100..huhuu..eh..melalut plak aku..
 

Tuesday, October 22, 2013

Bekerja Sambilan Di Rumah!!


Alhamdullillah, rezeki semakin melimpah-limpah berkat usaha dan keberkatan..hehee..
Nak kata aku nie orang senang tak juga, nak kata aku nie orang susah pun tak juga..aku nie boleh di kategori orang tengah- tengah kot..ada masa "papa kedana", ada masa plak "kaya raya"..hehee..ok tak payah ko nak membebel yannn..teruskan jer bagitahu..
Baik laa kepada kawan-kawan yang nak menjana pendapatan secara online tu..aku suggest korang jadi agent Secret Garden..bila dah jadi agent nie korang akan dapat komisen masyukkkk samada 20%, 25% atau 30%..ikut kategori kemampuan korang la nak sign up yang mana satu, satu lagi selain dari negara malaysia yang nak jadi agent pun boleh contoh dari indonesia, singapore, brunei, us, thailand, japan dan etc..hehee..

EARN MONEY$ AS DROPSHIP AGENT!!!

Start BUSINESS as LOW as RM100!!!

With 5 simple STEP only!
1. Register as dropship agent.
2. Sell product online through own FB, Blog, Website, ect.
3. Received Payment & Order from Customer.
4. Fill up online form & make payment.
5. The product will be delivered straight to Customer.

Sign up now before it is too LATE!!!
(other than Malaysia also can join us)
TO JOIN, click here:

CLICK HERE TO BE AGENT SECRET GARDEN

AGENT
--------------------------
Bronze – RM100 - 20% commission
Silver – RM 300 - 25% commission(Free Candy Jar)
Gold – RM 800 - 30% commission (Free Small Round Oblique)

Thursday, October 10, 2013

Putlocker Free Movies

Ok..selepas Vplay.my mendapat sambutan..aku ada satu site lagi yang boleh tengok movie secara percuma..nama dia PUTLOCKER.. kat sini hantu-hantu movie boleh tengok movie sampai mata berlemak!!hahaa..kira ok gak la website nie..sangat berbaloi aku cakap..hehee..Ok thats all..selamat melemakkan mata anda!!


JOM LAYAN:

8Share Nama Baru Diberi



Ok..untuk pengetahuan korang..dulu aku ada buat entri pasal says.my kan..hari tu time aku nak log in kat akaun says.my aku..dia call [xde makna nya dia nak kol aku] bagitau yang says.my nie bertukar menjadi 8share.com  So sekarang says.my tu dah tak boleh dapat earning laa..just share isu semasa jer..hehee..kalau rasa-rasa nya nak buat pendapatan lebih boleh la sign up kat sini : 8share.com ..kalau sign up dapat RM1 tau...boleh beli choki-choki tueee..hehee..ok la tu ja nak bagitau..selamat menjana pendapatan..hehee..

Thursday, June 6, 2013

Tengok Movie 100% Free!!

Vplay.my

Selamat Pagi warga blogger,

Vplay.my nie adalah website movie yang 100% percuma. Banyak movie-movie baru dan lama di upload kat website nie. Aku salu gak tengok kat website nie..yelahh FREE kaann..nampak jer free mesti la nak..website nie memang terbaik laa..kalau nak tengok movie klik jer terus tak payah buat survey bagai..ko nak drama melayu, korea, tagalog, sepanyol, jepun semua ada, movie anime pun ada, satu lagi korang boleh request movie apa yang korang nak kat facebook admin dier FB VPLAY.Tapi kadang-kadang website nie slow laa..maybe ramai sangat yang nak tengok free kan.hehee..biasalahh dengar jer free mesti berpusu-pusu yang datang..so siapa-siapa yang tak sempat tengok movie terbaru di pawagam boleh tengok kat website nie 100% percuma..di ulang sekali lagi..100% percuma..ok..daaaa...!!



Wednesday, June 5, 2013

The Magical Little Flower Bunga Hidup Yang Tahan 10 Tahun!

Hello blogger,

Little Flower

Aku nak promote bunga magik nie kat korang-korang yang minat nak mencantikkan kediaman terutama kepada isteri-isteri dan ibu-ibu mertuaku..hehee..Apa yg magik sangat bunga nie??haaaa..kak ton sebelah rumah tanyaa..kalau nak tau ini lah ciri-ciri bunga nie magik macam najib ups..telebih sudaa..hehee.. :

"Little Flower" ialah sejenis bunga ori teknologi JAPAN.
☑ 100% Bunga TULEN
☑ Jepun Teknologi
☑ 100% import dari TAIWAN
☑ Tahan sekurang-kurang 10 TAHUN
☑ Bunga ini akan TIDUR bila semburkan AIR
☑ Bunga ini akan mekar bila kering
☑ TIDAK perlu siram air
☑ TIDAK perlu baja
☑ TIDAK perlu sinaran matahari
☑ Bunga ini ada banyak variasi WARNA
Kalau tak puas lagi tengok dan nak tau price&design boleh la ke page nie : 


Lama Nda Update Nie Blog Bekurap Suda!

Waiseh..lama suda kan aku nda update nie blog..bukan apa..buzy bah kunun cari sesuap nasi..hehee..
Jadi matciam penduduk-penduduk blog nie?okei juga ka?aku sihat seja nie..kamu matciam?sehat?klu nda sihat pi makan ubat sana..kesian orang rumah, opis, sekolah kena virus ko tu...puihhh..minta dijauhkan..hehee..bah ini seja aku mau ckp...mau kasi aktivat konok nie blog..kalau nda buring..asyik-asyik tu jak isi blog...aku mau promote barang baik punya lepas nie..so..kamu..selungkar-selungkar la blog aku k..hahaa..tataaaa...