Like Page Your Online Store

Wednesday, July 13, 2011

Cara-cara isi Ujrah

Selamat Pagi Kawan-Kawan..

Hari tu aku ada mohon ujrah..memang memeritkan juga la nak mohon ujrah nie..
Apa tak nya..kena cari orang-orang yang boleh sah kan dokumen..Kepada sesiapa yang baru nak mohon Ujrah tu..selamat memohon saya ucapkan..hehee..
Untuk pengetahuan korang, Ujrah nie Kos Pentadbiran sahaja yang di kurangkan, di ulangi Kos Pentadbiran sahaja..
Bukan nya hutang korang yang berbelas-belas & berpuluh-puluh ribu tu yer..(kirim salam)..hahaa..

Ok..aku nak bagitau la cara-cara nak isi ujrah nie(kepada yang dah ditawarkan ujrah).


0.Print Surat Tawaran tersebut Pastu Copy 1 Set..(jadi korang ada 2 set, yang 1 Ori-print, yang 1 lagi Copy)

1.Salinan kad pengenalan korang, Bapa korang, Mak korang mestilah disah kan oleh pegawai Pendaftaran.

2.Mula-mula korang luangkan la masa baca perjanjian tu..yang paling penting korang tengok bahagian ansuran bulanan tu..korang mampu ka tidakkk(ala-ala usup wilcha)..



3.Pastu, kalau mampu teruskan..yang tak mampu..aku syorkan korang bayar macamana korang bayar sekarang nie..ikut kemampuan..sebab kalau korang ikut perjanjian nie, korang kena bayar ikut ansuran bulanan yang ditetapkan..

4.Ok, disini aku syorkan dengan keras..bahagian tarikh-tarikh tu korang jangan isi dulu!!jangan nak memandai-mandai isi..semua yang ada tarikh-tarikh kena suruh isi tu Please, pakiusap, shite kudasai, jusigi balabnida, tolong la jangan isi dulu..

5. Di "Lampiran Perjanjian Pendidikan"..korang kena sedia diri korang, Penjamin pertama, Penjamin kedua, nie nak sign kat perjanjian tu..


 6. Setelah selasai jadi artis kejap sign kat Lampiran Perjanjian Pendidikan, jangan lupa kat bahagian-bahagian lain juga yang perlu di sign oleh korang & penjamin pertama, penjamin kedua..

7. Tiba lah nak cari Saksi, Saksi nie hanya orang-orang yang ber'gred 41 jer boleh jadi saksi..
orang-orang yang korang boleh guna ialah: guru besar, pengetua, pegawai polis yang ada pangkat, ketua kampung dan lain-lain..dalam hal nie aku guna ketua kampung jer..

8. Dah selesai Saksi, sekarang korang pergi pejabat pos plak..beli setem hasil 2 keping..Korang lekat la..di lampiran yang dia suh lekat tu..1 kat ori set..1 lagi kat copy set..

9.Pastu dah lekat..korang pergi plak LHDN, yang setem korang lekat tadi korang bagi kat kaunter..nanti dorang tolong matikan setem hasil tu..boleh juga matikan sendiri..tapi aku syorkan korang suruh LHDN yang matikan..

10.Dah matikan setem..sekarang..tarikh-tarikh yang korang tak isi tu..korang isi la dengan tarikh korang matikan setem hasil tu..mesti sama dengan tarikh setem hasil di matikan..

11.Dah selesai isi tarikh..korang boleh la pos lelaju..hehee..-sekian-

P/s: untuk Borang maklumat potongan gaji korang pandai-pandai la..kalau yang dah bekerja, minta tandatangan majikan, kalau belum bekerja, minta pegawai ber'gred jadi saksi..

0 comments: